Tips Elak Kecurian di Rumah

Tuesday, November 9, 2010
Salam Semua.. Musim banjir dikedah semakin surut tapi dijangka di Perak pula akan mengalami nasib yang sama,mudah-mudahan tidak berlaku banjir seteruk di Kedah. Di musim banjir begini pun pencuri tidak melepaskan peluang, orang lain sibuk pindah pencuri sibuk nak pecah rumah, maklum le disekeliling tiada orang, baru-baru ini pun ada kejadian kecurian secara berkumpulan di kedah,nasib baik ada pasukan peronda teserempak dengan diaorang, sanggup diaorang lari dengan berenang menyusuri banjir, kalau lemas baru padan muka.

Dulu masa kami baru pindah, rumah kami pun pernah kena pecah, kawasan perumahan baru pula jiran pun tak ramai, masa tu kami balik kampung cuti seminggu, pulang je dari kampung ,kami buka pintu masuk rumah tengok TV LCD dah hilang ,apa lagi terus pergi check semua, habis dalam bilik bersepah, laptop dengan hard disk pun kena curi nasib baik takde tinggal barang kemas dengan duit, lepas tu kami check dari mana pencuri tu masuk, tengok-tengok kat tingkap dapur belakang dah kena umpil, yang lagi dahsyatnya dengan grill sekali pencuri tu cabut, ada banyak juga le barang lain yang hilang macam baju, minyak wangi hantaran pun hilang masa tu kami baru je sebulan kahwin, anggaran kerugian lebih dari 5 ribu..memang dugaan sungguh.

Kami buat laporan polis, polis pun hanya ambil gambar je diaorang tak boleh nak buat apa-apa pun, disebabkan pencuri itu masuk melalui dapur tangan mereka terkena sisa minyak masak ,polis kata cap jari tak boleh nak kesan, kami redha je la mungkin bukan rezeki kami yang penting keluarga kami selamat, selepas kejadian tu baru ada buat rukun tetangga, malam-malam akan ikut giliran berjaga secara berkumpulan, rumah kami pun disekeliling dah bina tembok pagar sebab dulu masih baru hanya guna pagar dawai hijau tu je.tingkap yang diorang pecahkan tu kami block buat dinding terus takde tingkap dah. Di sini kami ingin berkongsi Tips daripada PDRM yang dapat mengurangkan serta mengelakkan dari berlakunya kecurian di kawasan Rumah.


  • Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

  • Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

  • Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes ini berlaku di Dungun dan PJ).

  • Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) diwaktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

  • Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

  • Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

  • Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

  • Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

  • Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

  • Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikanjuga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satuextension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

  • Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

  • Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

  • Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

  • Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

  • Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

  • Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brandnew, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

  • Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

  • Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

  • Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

  • Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

  • Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever