Harga Petrol Ron 97 Naik Lagi

Tuesday, November 2, 2010
Salam Semua..Hari ini berkuatkuasalah kenaikkan harga minyak bagi Petrol RON 97 sebanyak 5 sen, apa naik lagi..huhu.. Walaupun tiada pengumuman dibuat tapi pihak pemilik stesen minyak telah menerima arahan mengenainya. Tujuan kenaikkan adalah untuk mengurangkan subsidi kerajaan. Walaubagaimanapun harga bagi pertrol RON 95 dan diesel masih tidak berubah. Nampaknya lepas ni kami memang kena guna RON 95 je la, save sikit duit walaupun tak berapa pick up, Macam manalah selepas setahun nanti naik lagi ke tak harga minyak ..huhu.


Harga Minyak @Petrol Naik 5 sen: RON 97 RM2.15


97 dinaikkan 5 sen lagi. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.
Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.
Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan.

Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.
Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

Sumber : MalaysiaKini
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever