Salam semua.. Hari minggu kali ni kami try makanan Arab pula jadi kami pun pergi makan kat Restoran Saba' dekat Cyberjaya. banyak kali kami dengar cerita tentang Restoran ni kali ni kami pergi cuba sendiri ,memang ramai pun makan kat sana, lagi-lagi hari minggu memang tak cukup tempat dibuatnya, restoran ini dimilik oleh seorang warga Yaman yang bernama Sulaiman Hamid, rasa menu yang disediakan sama seperti masakan dari Timur Tengah.hampir 50 jenis makanan arab di sediakan, korang memang tak rugi mencuba makanan disini, harga juga berpatutan, Keadaan Restoran juga agak luas dan selesa, yang penting bagi kita sebagai pelanggan adalah layanan mesra para pekerja disitu.
Ini lah yang kami order Nasi Lamb Kabshah dengan Chicken Kabshah, Menu Kabshah ni rasanya wajib korang rasa memang sedap,Rasanya hampir sama seperti nasi beriani tetapi daging kambingnya lembut dan tidak berbau kerana diadun bersama rempah ratus seperti jintan, kayu manis dan lada hitam.Nasi tersebut dimasak bersama dengan kambing atau ayam tersebut.. Serius memang sedap ,lagi satu memang banyak penuh pinggan kalau beli yang besar tu boleh makan 2 3 orang.
Ini plak air teh adani mcm teh tarik je cuma ada bubuh rempah juga tu yang rasa lain sikit yang uniknya gelasnya kecil sungguh macam gelas jepun je..hehe, selain dari itu ada juga menu lain seperti Aoukdh, fasolya, mogalgal, tebsi, shawerma dan hanith, mesti korang tak faham kan makanan ape tu,kami pun tak berapa reti jadi korang kena pergi sana dan tanya sendiri kat diaorang..hehe
Apa yang kami dapat katakan memang berbaloi makan dekat sini, kebanyakan yang datang orang arab juga mungkin student yang belajar dekat MMU kot, ada juga yang sanggup datang dari jauh semata-mata mengidam nak makan lagi kat sini, dulu kami pernah makan dekat Jordan dan Mesir, rasanya masakan lebih kurang sama macam dekat sini juga,Ok lah Selamat mencuba..
P/S: Alamat Restoran Saba
Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyberjaya
Selangor.
Cawangan kedua dekat Sri Maya, Setiawangsa.