Asal Usul Bendera Kita

Friday, August 27, 2010


Salam Merdeka semua..pejam celik pejam celik sedar2 kita sudah 53 tahun merdeka.. rasa sekejap jer masa berlalu.. Besyukur kita kepada Allah SWT kerana sehingga sekarang kita dapat kecapi erti kemerdekaan dan tinggal bahagia di Tanah air kita sendiri.. 

Kami ingin berkongsi sikit tentang bendera Malaysia.. dulu kita belajar disekolah kan tapi mungkin sekarang ada yang dah terlupa kalau ada yang masih ingat baguslah.. mari lah kita menghayatinya sebentar..

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur melintang merah dan putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah.

Tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri + 1 Wilayah persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Mulia Raja-raja.

Asal Usul Bendera Malaysia
  • Bendera Malaysia yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
  • Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
  • Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950

Selepas ni kalau ada budak2 tanya dari mana asal usul bendera kita tahu le kita nak jawab yer, bendera bukan main banyak dikibar sana sini tapi bila , apa, dimana, macam mana direka pun kita tak tahu, malu kita nanti sebagai rakyat malaysia..

Jadi bulan merdeka ni mesti semua dapat cuti kan,apa lagi kami pun balik kampung ler sambung cuti dari sabtu sampai merdeka,hehe... nak rasa nikmatnya berpuasa dikampung pula, bukan sebab apa balik awal kerana nak ganti raya tahun ni tak dapat balik kampung lagi kena kerja lebih ..huhu sedih2.. Kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan pada semua, semoga tanah tumpah darah kita ini akan kekal merdeka sampai bila-bila..amin.


 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever