Kelebihan Bulan Puasa

Tuesday, August 10, 2010

Salam pada semua , Akhirnya kita berada di bulan ramadhan yang mulia ini, jadi kami ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa, memperbanyakkan lah amal ibadah dan meninggalkan laranganNya... Bulan puasa ni aktiviti kami pun dikurangkan kalau tidak jalan sana sini tak reti duk diam..hehe

Bulan Puasa macam ni petang2 mesti mak2, makcik2, akak2 sibuk kat dapur siapkan juadah nak berbuka.. nak senang lagi beli kat Bazaar ramadhan yer tak, kat mana2 pun mesti ade.. tengok macam2 juadah dah tak tau mana nak beli.. Kemudian malam hari kita akan bersolat sunat Terawih, setahun skali jer paling2 pun buat ler 8 rakaat dari tak pergi langsung, time ni ler kita nak kumpul lebih banyak lagi pahala, dapat ler rasa lagi kelebihan bulan Puasa tu..Kat sini nak berkongsi skit kelebihan yang ada dibulan Ramadhan ini kami baca kat laman web JAKIM.


Bulan Ramadhan adalah bulan yang agung kerana mempunyai beberapa keistimewaan di antaranya :

1) Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan itu secara iman, dan hanya kerana perintah Allah semata-mata maka diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu sebagai mana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW berkata ia : "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan (dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang terdahulu".


2) Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunnya al-Quran sebagai mana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :
"Adapun bulan Ramadhan itu padanya diturunkan al-Quran, akan jadi petunjuk bagi manusia dan jadi kenyataan dari petunjuk serta membezakan antara yang hak dan yang batil"


3) Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud :
"Dari Abu hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW berkata: "Bila telah datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, dan terbelenggulah syaitan-syaitan".


4) Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri pula yang akan menentukan ganjaran. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Dari Abu Hurairah r.a berkata ia: Telah bersabda Rasulullah SAW : "Tiap-tiap amalan anak Adam dipergandakan pahalanya antara sepuluh sampai 700 kali, telah berfirman Allah 'Azza Wajalla, kecuali puasa, kerana seseungguhnya puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makanannya kerana Aku semata-mata".


5) Di dalam bulan ramadhan berlaku Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti beribadah seribu bulan Antara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. Diawal bulan ramadhan adalah kerahmatan, dipertengahanya keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas dari api neraka. Sebagai mana berfirman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar"


6) Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewanya, pintunya bernama "Rayyin", sebagai mana hadis SAW yang bermaksud:
"Dari Sahal bin Said r.a : "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang dinamakan orang ar-rajjan yang akan memasukkannya pada hari kiamat orang-orang yang puasa dan tidak seorang juga akan memasukinya selain mereka".

.
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever