Salam..besyukur kita kepada Allah S.W.T sekarang sambutan ramadhan di Malaysia masih meriah dan kita bertuah dibandingkan dengan negara2 diluar sana yang serba kekurangan dan daif seperti Palestin ,kita doakan agar mereka segera dapat dibebaskan dari kekejaman israel dan dapatlah nanti mereka menyambut bulan ramadhan ini dengan aman dan tenang..
Sebagai umat islam kami berbangga terhadap kemajuan di Kota Suci Mekah.. sekarang ini disana ada dibina Menara kedua tertinggi didunia, Menara itu dinamakan Al- Bait ,Menara ini dapat menampung seramai 65 000 jemaah Haji, bayangkan ler betapa besarnya ler..Menara Jam 4 face ini juga adalah menara jam terbesar didunia..
Fakta-fakta Menarik Menara Al- Bait
- Di bina pada tahun 2004
- Terdapat 7 menara kesemuanya salah satunya menempatkan Jam terbesar diDunia
- Menara yang utama iaitu Menara Jam setinggi 590 meter .
- mengandungi 3000 buah bilik yang kebanyakkan nya menghadap Masjidilharam.
- jam terbesar didunia selebar 45 meter dan setinggi 43 meter keempat2 sisi menara dan boleh dilihat sejauh lebih dari 10 kilometer.Jauhnyer..
- Anggaran kos binaan RM 6.5 bilion
- Ukuran lantai 4.8 juta meter persegi
- Ada 76 tingkat, 76 lif.
- Didalam Menara Utama juga akan ditempatkan Muzium Islam dan Pusat Astronomi
- Dibina oleh syarikat hartanah terbesar di Arab saudi iaitu Bin Laden Group.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kami dapat menunaikan Haji disini..amin...