Salam, hari tu kami ade tengok singgah sahur kat TV3 ,diaorang singgah kat rumah kebajikan Orang2 Tua.. Alahai sedihnyer le tengok orang2 tua kat situ, menangis2 mereka sembang pasal anak2 mereka yang tinggalkan mereka beseorangan kat sana.. Bayangkan macam mana perasaan mereka berpuasa tanpa keluarga tersayang apatah lagi nak beraya, kalau bersama bole begurau senda, bole tolong2 ringankan beban mereka..memang menusuk kalbu(ayat orang lama).
Dalam temuramah tu mereka cakap tak halalkan makan minum anak2 mereka, kalau ibu bapa ni meninggal pun tak perlu bagitau kat anak2 diaorang sebabnya memang da lepas ditinggalkan kat sana tak pernah usha2, jenguk2 ker tanya2 kabar berita mereka pun.. Apabila Ibu Bapa dah berkata sebegitu kat anak2 mereka dah tentu hidup anak2 mereka yang kejam tu tak aman..
Semua dosa akan ditangguhkan Allah, iaitu balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. (riwayat al-Hakim). Dalam hadis lain pula, Nabi Muhammad ada bersabda: "Keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa."
Ini bermakna apa sahaja perbuatan yang dikira menderhaka kepada ibu bapa akan dibalas di dunia lagi atau semasa kita hidup. Bahkan, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, maka setiap detik dalam hidup kita adalah dalam kemurkaan Allah SWT.
Sampai hati diaorang tinggalkan Ibu bapa diaorang kat situ, dulu mak ayah bela,jaga ,didik kita dari kecil dan bila da besar diaorang lupa semua, sibuk kerja ler, laki bini marah ler, malu ler..ini semua adalah perilaku syaitan.. Walaupun ada dikalangan diaorang masa dulu mak ayah garang, suka dera, atau melakukan kesalahan tapi sekarang mereka dah tua dan tidak berdaya, ditinggalkan sebegitu sahaja tanpa bertanya kabar berita, diaorang tak tefikir ke kalau suatu hari nanti anak2 mereka balas balik hantar diaorang plak, kalau kita buat jahat macam mana sekali pun kejahatan yang kita lakukan akan terkena balik pada kita.. Apa nak jadi dengan diaorang ni, kesian sangat orang2 tua tu..
Semoga diaorang sedar dengan apa yang diaorang lakukan dan diberi pertunjuk dari Allah S.W.T.