Blog link member-member telah kami letakkan diblog yang khas untuk blog list sahaja, Rasanya malware ni mungkin terkena dari blog member yang telah dijangkiti dan berjangkit ke blog kami serta telah merosakkan system blog kami, kami nasihatkan member-member kalau dalam blog ada link blog list member lain eloklah asingkan, rasanya ramai blogger lama telah tahu langkah safety ni.. Semoga kita sentiasa ceria berblogging , Peace yo..:)
Template Baru Lagi
Posted by
LiFe KaMi
Wednesday, June 29, 2011
Cara Hilangkan Malware Di Blog
Posted by
LiFe KaMi
Thursday, June 23, 2011
Alhamdulillah akhirnya kami telah berjaya membersihkan blog LiFe KaMi yang telah di attack Malware. Sebelum ini kami menggunakkan link baru http://lifekamiphoto.blogspot.com disebabkan kami tak dapat membuang virus malware yag telah menyerang blog kami, Harap maaf kepada member blog yang telah terkeliru, kami telah mengunakan semula blog lama just template je yang baru..:)

Di atas bantuan https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en (Web Master Tool Google) kami telah menjumpai 2 serangan Malware ke atas blog kami iaitu satu pada post bulan 10 tahun lepas dan satu lagi pada template kami sendiri, dengan ini kami pun telah delete post tersebut dan juga menukar template lain,

Lebih kurang 2 hari malware pun hilang. Malware menyerang blog kami kemungkinan juga datangnya dari Blog rakan-rakan yang telah diserang, sekarang ni blog kami tidak lagi meletakkan link blog member-member blog, kami telah buat satu blog baru, khas untuk Blog List member-member blog je, senang kalau ada apa-apa yang berlaku kita tidak kena tempias juga. Jadi kat sini nak bagi sedikit tutorial bagaimana nak hilangkan Malware di blog yang di attack.
1.
2.
3.
Read more »

Pengalaman Di Sydney Australia Finale
Posted by
LiFe KaMi
Sunday, June 12, 2011
Lama betul blog ni tak berupdate, dah bersawang sawang dibuatnya, busy sungguh, cuti sekolah le kata kan, banyak pula aktiviti nak buat, kali ni nak sambung last gambar kat Sydney, gambar dah letak watermark rugi plak tak post.
Post yang last ni gambar-gambar kat bandar Sydney, memang indah dan bersih nak letak banyak-banyak takut lambat loading plak, letak lima keping je la yer, orang-orang australia ni pun ok juga cuma kat sana displin lebih le, tak boleh nak suka2 berdiri atak kerusi public ke buang sampah suka-suka je, keliling ada police mau ada yang kena tangkap nanti, duk kat sana sempat le beli souvenir sebiji dua nak bawa balik buat kenangan bukannye selalu pergi pun.
Tengok la member-member aku ni, dah tak dapat masuk Sydney Opera House buat posing pelik-pelik pula, tiket mahal giler berapa ratus dollar australia ntah tak ingat pula kira kalau tukar jadi ringgit boleh tengok movie KL Gangster beratus kali kot..hehe.. "Apa mana gambar aku, sori le owner blog suka ambil gambar orang lain jer ,pemalu le katakan "..:p

Pengalaman Di Sydney Australia Part 2
Posted by
LiFe KaMi
Wednesday, May 25, 2011
Dah lepas kapal berlabuh masa untuk pergi jalan-jalan tapi bukan semua satu kapal yang turun kena ikut giliran, pada yang duty terpaksa la kerja dulu sampai habis duty dan akan digantikan member yang lepas balik dari darat kemudian baru lah boleh turun darat. jadi Kapal akan sentiasa beroperasi sehingga habis discharging operations dan belayar semula, 24 hours non stop duty. Biasa la kan bukan naik kapal pelancong bekerja di atas kapal tanker yang bawa petroleum jadi kena ikut rules le.
Dari pelabuhan kapal kami (merujuk kepada crew kapal) ke tempat shopping agak jauh juga, jadi terpaksa le kami menaiki Feri tunggu dalam lebih kurang 10 minit juga le,feri kat situ ada jadual perjalanan yang memang sistematik ,on time tiba dan on time sampai. Feri pun agak besar dan selesa boleh muat dalam 50 orang juga ler.
Laju juga Feri ni bergerak, kat sana ada macam-macam jenis boat dan Feri, kapal layar pun ada, air laut kat sydney ni memang cantik warna air laut yang kebiruan dan kehijauan ,kawasan pesekitaran pun indah je mata memandang ,cuaca agak sejuk juga le masa ni ,selamat takde salji kalau tak boleh beku dibuatnya..hehe
Sampai di jeti kami kena bayar tambang guna mesin kad,ai dah macam LRT la pula dah tu time sampai baru kena bayar, selamat le ada Dollar Australia kat poket, yang takde terpaksa kongsi dulu nanti da dekat town tukar ringgit kat money changer. Kalau tak tau apa-apa bahaya juga pergi negara orang ni..huhu
Sempat juga member kami ni nak ambil gambar dengan orang asli, kebetulan diorang buat persembahan berhampiran jeti tu, kat Australia pun ada orang asli juga ye, sedap juga lagu keroncong yang diorang dendangkan,layan je ler..:) selamat le kami tak kena sumpit..hehe

Pengalaman Di Sydney Australia Part 1
Posted by
LiFe KaMi
Sunday, May 22, 2011
Lama betul tak pergi Australia, dulu masa belayar banyak kali juga le masuk sana, sekarang ni dah berhenti belayar ,kerja kat pelantar minyak pula, banyak juga pengalaman di negara orang ni, sambil kerja dapat juga melihat negara orang lain, yang ni masa tahun 2007 dah hampir 5 tahun ,memang sekejap je masa berlalu..gambar kat bawah ni mula-mula kapal masuk pelabuhan melalui sebelah opera house dan masuk di bawah jambatan sydney. Panjang juga jambatan ni macam jambatan pulau pinang, kat sini buat operation discharging selama 3 hari, jadi dapat lah peluang jalan-jalan kat darat.
Read more »
Arowana Kami Dah Setahun
Posted by
LiFe KaMi
Tuesday, May 17, 2011
Semakin besar ni semakin garang plak dia, letak je ulat ke cengkerik je laju je dia terkam habis percik air sampai keluar aquarium, jadi sekarang ni kami beli anak-anak ikan dengan anak udang je, kalau dia lapar dia pandai tangkap sendiri ,lagi fresh dan segar, macam tengok jerung makan..:) lagi satu ikan kelisa kami dah semakin cerdik bila kita dekat je dengan aquarium tu mesti dia akan datang kearah kita macam tau-tau je kita panggil dia.
Bila semakin besar semaki jelas le kelihatan sisik yang berkilat kat badan arowana kami ni, memang syok melihat dia berenang-renang , kalau malam-malam tutup lampu rumah just buka lampu aquarium memang nampak indah dan tenang je melihat gaya ikan kelisa kami berenang..
Ada orang kata taknak jual ke, disebabkan dah agak lama kami bela jadi rasa sayang plak nak jual, biar le kami bela sampai besar peha, ingat kalau besar sangat kami akan tukar aquarium yang lagi besar. Yang paling penting kena bagi cukup makan dengan bekalan oksigen yang sentiasa ada ,kalau black out kami masih ada secondary portable supply jadi alat oksigen tu akan automatik running bila tiada bekalan elektrik kat rumah, Semoga Ikan kelisa kami dapat membesar dengan sihat lagi..:)
p/s: Post kami berkenaan Ikan Kelisa yang dulu-dulu..:)
Dah Pandai Tengok TV
Posted by
LiFe KaMi
Saturday, May 14, 2011
Rasa sekejap je masa berlalu ,baby kami pun semakin hari semakin besar, Darwisy dah pun 4 bulan tapi pakaian dia semua yang 6 hingga 12 bulan punya, sekarang ni pun tak susah nak jaga tak macam dulu suka sangat nak menangis ,sekarang ni menangis bila lapar,nak tido dgn nak tukar lampin je.
Papa dengan Mama tak susah nak jaga, letak je depan TV dia dah leka, lupa papa dengan mama dia kat tepi, duk cakap sorang-sorang dengan TV, kami pun nak pergi dapur ke buat keja rumah ke senang dah. Selalu awal pagi buka TV3 tengok Malaysia Hari Ini ( MHI ) ,dia boleh gelak sorang-sorang macam tau je apa yang diorang sembangkan. Walaupun kami bagi baby kami tengok TV tapi tak selalu sangat sebab dia kecik lagi ,jarak antara TV dengan baby pun agak jauh juga, kena jaga dari sekarang supaya baby kita sihat bila besar nanti..

Jom Makan Apple Donuts
Posted by
LiFe KaMi
Thursday, May 5, 2011
Kalau pergi jalan-jalan kat mall mesti ada je benda nak bungkus bawa balik, tengah jalan-jalan kat Alamanda Putrajaya ,teringin pula kami nak rasa Apple Donuts, dah lama kami tak makan rasanya da hampir 2 bulan (macam lama sangat je).. jadi tapau le sikit buat pemanis mulut, kat situ ada jual harga pakej,nampak macam lagi murah,kami beli sikit je cukup untuk 2 3 orang makan takut tak habis pula.
Senang je beratur pastu pilih nak makan yang mana, nampak banyak pilihan tak tau nak ambil yang mana satu.Berwarna warni semua, rasanya semua kala ada kecuali kala jengking je..:)
Menarik sungguh tengok donut-donut ni, macam-macam perisa ada, disebabkan kami dah selalu sangat kalau gi sini ambil donut je,apa kata tukar menu lain plak.
Jadi inilah pilihan kami pula, nampak kecil-kecil je, senang sikit nak habiskan, bukan apa makanan ni semua manis-manis rasanya lagi manis dari kuih-kuih kelantan. nama semua ala-ala jepun je. "ok amoi kasi pakej 9 biji punya." "take-away yer"..
Ok jom kita makan, nampak gayanya tak sempat nak bawa balik rumah kat situ juga kami sapu semua..:)
p/s: semalam pergi shopping kat jusco cheras selatan, ada hari J Card, kami pilih barang yang diskaun 70% je,beratus juga habis..huhu, esok sampai 8 Mei ada Baby fair plak kat Mid Valley..huh da terlebih bajet, bahaya ni...:)
Subscribe to:
Posts (Atom)