Kisah LiFe KaMi

Saturday, December 3, 2011
63 Usha KaMi
Tahun 2011 sudah sampai ke penghujung, selepas ini akan muncul tahun baru,lama juga kami berblogging lebih dari setahun, kisah life kami yang bermula dengan perkahwinan,kemudian pregnant, dikurniakan anak,dan sekarang umur anak kami pun hampir setahun, banyak suka duka kisah life kami telah kami kongsikan walaupun tidak secara detail tapi kalau ada yang mengikuti kisah kami dari awal boleh dijadikan novel..:)

Tak sangka pada mulanya hanya baca-baca blog orang lain ,akhirnya kami ada blog sendiri, nama blog kami ini pun diambil sempena kami dapat baby walaupun ada juga cerita-cerita lain yang takde kena mengena diselit dalam blog ni , sekarang ni baby kami pun dah pandai berdiri sendiri, merangkak pun dah laju,letak sekejap kat ruang tamu tau-tau dah kat dalam bilik, sekejap je masa berlalu ,baby kami pun semakin besar,rasanya sikit hari dah pandai berjalan sendiri...


Ini adalah post kami yang terakhir, kami nak berhenti berblogging buat sementara waktu ini atas kesibukkan bekerja, komitmen yang banyak dan faktor-faktor lain, Disini kami ingin meminta maaf jikalau ada melakukan kesilapan semenjak kami berblogging, InsyaAllah bila ada masa lagi kami akan berblogging semula, Terima Kasih kerana sudi berkunjung dan membaca blog kami, Semoga Happy-happy selalu, wasalam..:)


Read more »

Mia Sara Yang Comel

Tuesday, November 1, 2011
37 Usha KaMi
Sekarang dah bermulanya bulan November, lama sungguh kami tak menjenguk blog, dah berhabuk-habuk pun, semakin hari semakin sibuk, walau macam mana pun kami akan pastikan at least tiap-tiap bulan ada post something ,bulan lepas satu post je..huhu..

Sebenarnya banyak perkara yang kami ingin postkan tapi masa mencemburui, Hari tu kami ada pergi Sri Pentas kat Damansara, bawa baby sorang ni sambut hari kanak-kanak sedunia, ok juga la cuma terlalu sikit event yang ada,kawasan pun tak berapa meriah, yang bestnya dapat jumpa adik Mia Sara je, dapat le juga keseronokkan menyambut hari kanak-kanak sedunia, Mia Sara bertanding hias kek dengan ada dua tiga orang artis dewasa lain seperti Amyza.. boleh la korang layan telatah comel adik Mia Sara ni..:)






Read more »

Baby Walker Cute

Monday, October 3, 2011
33 Usha KaMi

Baby kami baru nak masuk 9 bulan tapi kami dah tak sabar nak tengok dia berjalan, sekarang ni dah cuba capai benda nak bangun sendiri, kadang-kadang bila dia boring asyik duduk je, kami letak dalam baby walker, bukan main laju lagi dia berjalan, kemana orang pergi ke situ lah dia ikut kadang-kadang pergi memunggah barang-barang dalam kabinet almari dan cuba menolong mamanya mengemas meja..huhu

Orang kata biar anak kita belajar bertatih secara natural, baby walker ni pun kakak kami yang bagi, anak-anak dia semua dah besar, tu sebab le dapat warna pink, masih elok lagi tak perlu membazir beli baru. Sekarang ni pun bukan main laju lagi baby kami berlari mengunakan walker agak-agak kalau dah pandai berjalan jenuh nak kejar ni..:)

Read more »

Akhirnya Masuk Perangkap

Saturday, September 24, 2011
32 Usha KaMi

Semenjak sebulan yang lepas ,dapur kami telah berbau busuk dan hancing disebabkan oleh seekor tikus yang telah bermaharajalela menjadikan dapur kami sebagai kedai kek dia. Jenuh kami cuci balik semua barang kat dapur, mop lantai sampai berkilat,buh pewangi,letak daun pandan, siap sembur ridsect lagi, esok lusa busuk balik dengan tahi dan kencing tikus, ini dah kira bahaya boleh membawa penyakit ,dari mana tikus ni masuk tak tau le, mungkin dari lubang dinding kat atas dapur tu kot.

Dulu kami bela kucing tapi sekarang dah hilang lepas tu dah ada baby pula jadi taknak bela lagi, kami nak beli racun tikus takut mati bau bangkai pula ,busuk satu rumah pula,jadi jalan terakhir kami belilah perangkap tikus, mula2 bagi umpan donut, tak jalan mungkin tikus ni nak yang lagi sedap kot,kami tukar dengan kulit ayam KFC,sama juga tikus tu ambil bau je,dapur still bau busuk tikus .Kami cari tikus tu celah-celah kabinet , peti ais tak jumpa juga.


Lastly kami bagi umpan roti oat perisa tuna, akhirnya pagi-pagi kami jenguk dapur ,tikus tu da masuk perangkap,roti oat tadi pun da habis, amboi memilih juga tikus ni,mungkin tikus betina baru nak belajar diet. selesai sudah ops sikap menangkap tikus liar, ingat nak lemaskan dalam longkang je tapi pikir balik tak baik seksa binatang mati secara pelahan, walaupun itu tikus perosak, dengan hati yang belas kasihan terhadap haiwan, kami buang tikus tu kat tempat terpencil yang jauh dari kawasan rumah orang, kat situ pandai-pandai la bawa diri ye.. sekarang dapur kami dah wangi..hehe
Read more »

Tunggang Kuda Kecil

Thursday, September 15, 2011
25 Usha KaMi

Hari tu pergi ke Jusco Equine Park kat Seri Kembangan , belikan kasut sukan adik,dia dapat sambung degree kat UPM, hari tu nak masuk hari tu juga la sibuk nak beli kasut sukan, nak tak nak kena beli la juga.. jumpa pula game park kat dalam jusco tu sambil mencari kasut, nampak pula kuda mainan kat situ, dulu masa kecil tak dapat main kuda ni bagi anak main pun jadi la, tapi tak bergerak la ye, just tunggang je saja nak ambil gambar..:)

Read more »

Jom Makan Rambutan

Wednesday, September 14, 2011
29 Usha KaMi

Sekarang ni musim rambutan ke, kat kampung kami banyak pokok rambutan telah berbuah.. Kalau tengok buah rambutan yang banyak kat pokok tu geram jer, banyak sangat buah yang masak, beli kat kedai buah kadang-kadang dapat buah rambutan yang tak segar, yang ni kami petik sendiri atas pokok. Dapat seguni juga le, itu pun dah letih nak ambil, tengok apa lagi jom makan sekali..hehe

Read more »

Ketupat Raya

Thursday, September 8, 2011
23 Usha KaMi

Dah raya ke sepuluh pun baru nak post pasal raya..hehe, sibuk dengan kerja, dapat cuti terus gerak balik kampung, kat kampung pula takde line, lama pula bercuti disana ,sampai di rumah pula banyak open house..:) nak tunjuk gambar masa buat ketupat raya je, sempat juga bawa balik ke KL, tinggal rebus je, memang tahan lama.ni dipanggil ketupat palas. Sedap dimakan dengan rendang..makanan raya kegemaran kami ni..:)


Rasanya masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang membaca dan mengikuti blog kami, jikalau ada salah dan silap semenjak kami berblogging harap dimaafkan la yer. Semoga kita ceria selalu bersama family tersayang..:)
Read more »

Berbuka Di Restoran Cina Muslim Al Munawarah

Monday, August 22, 2011
28 Usha KaMi
Alhamdulillah, pada hari minggu kali ini kami telah berbuka di luar pula, sekali sekala nak juga rasa masakan diluar sana, bukan apa, untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama keluarga. Jadi kali ni kami plan nak pergi makan makanan cina pula, yang ni cina muslim yer gerenti halal. Restoran yang telah dibuka oleh seorang mualaf cina yang bernama Muhammad Yusof Ong, kalau nak lebih detail lagi bole usha sini Kosmo .

Kami order menu mengikut harga pakej ,nak pilih menu pun tak berapa tahu sangat makanan cina ni, order pakej untuk 6 orang lagi senang semua dah ada kat situ, lebih kurang 8 jenis lauk juga le. harga pakej ni RM 125 untuk satu family ikut berapa ramai family korang yang makan, mungkin ini harga promosi bulan ramadhan kalau nak beli asing-asing rasanya lagi mahal.

 Disebabkan restoran ni sentiasa full house walaupun ada dua tingkat tempat makan tapi still tak cukup tempat duduk, memandangkan kami datang agak awal kul 6 petang lagi jadi kami booking meja dan menu dulu,senang cerita datang balik terus makan je bole pergi merayap kejap tengok barang raya dulu..:)

Menu pakej lengkap dengan sup cendawan cina, sayur goreng cina, itik panggang cina, daging kicap cina, tauhu masak cina, udang dan sotong goreng tepung, desert, buah-buahan, air sirap selasih (cina = tak ingat nama makanan dalam bahasa cina) ,disebabkan semua sedap jadi siap order nasi tambah lagi..hehe. Rasanya berbaloi la makan kat sini, sedap dan kenyang ,memang puas hati, customer service pun ok, lain kali bole la kami datang lagi, kalau korang dekat-dekat area Shah Alam boleh la cuba rasa..:)


p/s: Alamat Restoran Cina Muslim Al Munawarah
      Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9, Shah Alam,
      Belakang Hotel Concord Shah Alam
Read more »

Tips Khusyuk Dalam Solat

Saturday, August 13, 2011
32 Usha KaMi

Alhamdulillah,sehingga kini kita dapat melakukan ibadah puasa dengan keadaan baik dan dipermudahkan oleh Nya, semoga kita sentiasa dapat menyempurnakan ibadah puasa ini sehingga akhir bulan Ramadhan nanti. Dalam kita mengerjakan ibadah puasa ,janganlah pula kita lupa dan lalai untuk mengerjakan ibadah yang utama iaitu solat, kalau kita sekadar menahan diri kita dari lapar dan dahaga tetapi tidak solat serupa makan nasi tidak berlauk iaitu tidak cukup dan kosong ,tidak mendapat apa-apa makna.

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu diakhirat kelak oleh Allah SWT berbanding dengan amalan yang lain, sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna barulah dihitung pula amalan yang lain.

Orang yang hatinya lalai semasa solat meskipun lidahnya menyebut lafaz zikir dan ayat Al Quran, namun gerak lidahnya itu bukan dari dorongan hati, ianya bergerak kerana kebiasaan kita melakukannya dan hatinya melayang pada perkara-perkara dunia dan jiwanya hanya memikirkan perkara diluar batasan solat.

Disini ada beberapa tips yang dapat kami kongsikan daripada salah satu buku Tazkirah, bagaimanakah cara kita ingin khusyuk di dalam solat.


Hayati Makna Ayat
Iaitu kita cuba memahami maksud dan erti ayat yang dibaca supaya kita dapat menghayati maksud sebenar apa yang kita baca.

Bersemuka dan Bersoal Jawab dengan Allah SWT
Hendaklah seseorang membayangi ketika seolah-olah ia baru dibangkitkan dari kubur dan sedang bersoal jawab dengan Allah SWT.

Ingatlah bahawa Solat menghubungkan kita dengan hari Akhirat
Solat adalah perkara yang amat mustahak menentukan nasib kita diakhirat kelak dan inilah kehidupan yang lebih baik dan kekal selamanya. Solat lah bekalan yang utama akan kita bawa di akhirat kelak.


Melahirkan rasa Gerun terhadap Allah SWT
Apabila seseorang mengucapkan Allahu Akbar bermakna Allah itu Maha Besar seharusnya kita merasa gerun padaNya, bayangkan kalau kita berdepan dengan ketua atau raja kita akan merasa gentar inikan pula kita berhadapan dengan Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa.


Mengharap limpah rahmat dan Sifat 'Lutfillah'
Iaitu rasa penuh pengharapan atau meletakkan pergantungan terhadap Allah SWT, Allah mempunyai sifat 'Lutfillah' iaitu sifat lemah lembut dan karamah serta luas nikmat Nya. Yakinkanlah diri kepada Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani hamba-hamba Nya.


Elak gangguan solat dengan membatasi Pandangan
Iman al-Ghazali menggariskan beberapa kaedah antaranya dengan kita memejamkan mata ketika solat kerana hati yang lalai sangat mudah mengikuti pandangan mata.
Sebaik-baiknya berdiri berhampiran dinding atau tembok yang membatasi penglihatan mata dan memandang kearah tempat sujud sahaja.


Menghadapi Allah SWT sebagai seorang Pesalah
Datang menemui Tuhan dengan kesedaran sebagai seorang yang banyak melakukan kesalahan adalah orang yang memperlihatkan keinsafan yang sebenar sebagai seorang hamba, mengharapakan agar Allah SWT menerima taubat serta mengampuni dosa-dosa yang lalu.


Dorong Hati untuk mendekati Khusyuk
Apabila kita terleka dan lalai mengingati Allah ketika solat maka tolonglah hati itu dengan memberi peringatan kepadanya bahawa Allah Maha mengetahui kedudukan hati kita, supaya kita dapat mengawal hati dan perasaan kita hanya untuk Allah SWT.



Janganlah kita lalai dan lupa ketika bersolat sehingga ada yang tidak menyedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan disebabkan fikiran dan hati melayang ditempat lain, hanya perlukan sedikit waktu untuk kita menyembah dan mengingatinya sahaja, semoga perkongsian ini dapat memperbaiki diri kami dan kita semua agar sentiasa Khusyuk dalam melakukan ibadah Solat.
Read more »

Selamat Berpuasa

Monday, August 1, 2011
41 Usha KaMi

Bulan Ramadhan telah pun menjelma, Dibulan Ramadhan inilah kita harus memperbanyakkan lagi amal ibadah kita terhadap Allah SWT, Lakukan ibadah puasa kita dengan ikhlas dan gembira, bukan hanya kita menahan lapar dan dahaga tapi menahan segala laranganNya serta memperbanyakkan lagi amalan kita kerana banyak ganjaran pahala yang belipat kali ganda telah dijanjikan Allah SWT kepada kita..

Disini kami sefamily ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, semoga amalan kita akan diterima Allah..amin..:)
Read more »

Pengalaman Di NingBo China Finale

Monday, July 18, 2011
23 Usha KaMi
Berjumpa kembali kita ke episod terakhir jalan-jalan cari makan kat China, kira macam rancangan Rasa Halal Orient kat Astro Oasis la ye, seminggu sekali je keluarkan post kalau ada masa free baru seminggu dua kali..:p Post terakhir di Ningbo China ni nak tunjuk makanan yang ada kat sana pula.

Yang ni muka-muka yang tengah lapar nak makan, bukan senang nak cari kedai makan yang halal kat China ni kena pandai cari dan bertanya orang kat situ juga kalau tak jumpa alamatnya kena bawa bekal maggi cup la dalam beg tu, senang bila lapar just cari air panas je kan..hehe


 Setelah puas menapak mencari kedai makan yang halal, akhirnya kami telah menjumpainya, ni memang kedai halal yer tak percaya tengok kat sign board atas kedai tu ada terpampang logo halal dalam tulisan jawi. huh lega rasanya ,perut pun dah bunyi lagu wonder girl, memang lapar betul ni..

Sekarang timbul masalah kedua time nak order, buku menu memang le ada tapi masalahnya nama makanan tu dalam bahasa china semua, satu haram tak faham dah la kita tanya menu tu diorang pun tak reti nak terangkan, tak faham bahasa inggeris kot dah macam ayam dengan itik bercakap pula, selamatlah dekat keliling dinding kedai tu ada gambar makanan ,sikit punya besar diaorang tampal, kami pun tunjuklah gambar makanan yang nampak macam sedap je.

Ni anak tauke kedai kot, dia tengah buat mee yang kami order, selalu kalau kat malaysia orang buat roti canai kat depan ,kat sini orang buat mee pula, yang bestnya kami dapat tengok macam mana cara dia buat mee, memang macam magic show pun ada ,daripada tepung yang diuli sikit punya besar macam nak buat kuih raya je sampai boleh jadi halus-halus, memang dahsyat le, masa ni tak ambil video pula kalau korang nak tengok bole usha sini Noodle Making


Ok dah siap pun, sekejap je tak payah nak tunggu lama-lama macam sesetengah restoran kat Malaysia berejam nak tunggu dah le air pun tak sampai-sampai (tetiba je tak puas hati).. yang atas tu mee sup kot sebab rasa sup takkan le mee hailam kan, yang gambar bawah pula mee apa ntah macam spagetti pun ada, tapi serius beb memang sedap giler..

Mee memang dah rasa lain sebab bukan mee kuning yang biasa kita makan, pastu rasa bahan-bahan masakan tu memang menusuk kalbu, amacam penerangan dah macam Farah AF2 tak..hehe, eh korang tengok apa lagi, jemput-jemput..err tapi kat sini makan kena pakai chopstick ye takda sudu dan garpu, selamat le biasa guna chopstick kalau tak memang makan pakai tangan le jawabnya..:)

Yang ni rasanya tauke kedai dengan family dia kot, diorang makan kat luar mungkin dah masuk waktu dinner kot, apsal tak makan kat dalam je, ntah syok kot makan kat luar..:) pakcik tu siap pakai kopiah lagi pastu makcik tu pula siap pakai tudung tapi pelik sikit cara dia pakai tudung dah macam Yuna pun ada, hehe..

Sebenarnya ramai juga kami jumpa orang islam kat sini, kalau korang nak jalan kat China datang sini pun ok gak, banyak tempat boleh lawat, memang berbaloi-baloi kalau shopping barang kat sini murah-murah je, eh lupa pula harga makanan tadi, serius memang murah betul tiga jenis mee macam tadi tu campur dengan air dalam 10 yuan maksudnya dalam 5 ringgit je.. puas hati le, nanti kalau ada rezeki nak datang lagi kat sini..:)



P/S: sebenarnya banyak negara yang kami pernah pergi tapi tak dapat nak post semua sebab hard disk yang simpan gambar-gambar tu dah kena curi, ni pun serpihan gambar dalam pen drive, kesian sungguh, selamat la ada gambar yang dah cuci, simpan dalam album, dapat juga buat kenangan untuk anak cucu...:)
Read more »

Pengalaman Di NingBo China Part 1

Wednesday, July 13, 2011
29 Usha KaMi
Pada kali ini nak tunjuk gambar-gambar masa pergi China pula, daripada simpan je kat hard disk ni baik post kan , lagi pun sementara ada masa free nak update blog yang kejap ada kejap takda ni. Ni adalah gambar-gambar masa shore leave jejalan kat area bandar Ningbo, China.

Masa tu cuaca kat sana tak sejuk lagi, macam kat Malaysia juga, banyak juga tempat kat China pergi tapi gambar-gambar tempat lain takde, dah hilang sebab hard disk dulu kena curi masa rumah kena pecah masuk masa 2 tahun lepas, jadi gambar-gambar ni je la yang tinggal kenangan.

Kat Area bandar ni ramai sungguh orang ,nak jalan pun berpusu-pusu, walaupun negara China ini besar tapi penduduk China pun ramai juga, tu pasal la besesak-sesak, Negara dia memang cantik ,kat jalan-jalan banyak pokok hiasan, bangunan pun rapat-rapat, agak sibuk juga la area Ningbo ni,

Kami hanya jalan kaki je nak ke Mall bukan apa save budget sikit ,bukan jauh mana pun disamping boleh la tengok keadaan persekitaran kat sana. lebih kurang macam Malaysia juga.

Dalam Mall ni la banyak gadget barang-barang elektronik, cakap je nak apa handset Nokia, LG, Sony Ericson, Samsung Galaxy S2 semua ada tapi made in China la, harga memang murah giler, sempat juga beli ipod shuffle 2 biji ngan ipod mp4 bawa Malaysia siap bagi kat adik-adik lagi sebab murah sangat tapi boleh guna dalam 3 bulan je pastu rosak, memang made in China sungguh, ciplak buat sendiri ,nyesal plak beli,

Pastu ada juga le beli survenior lain macam kain sutera china, memang tahan sampai sekarang ada lagi kat rumah tu, duit China ni lagi murah dari kita, kira dua kali ganda kurang dari kita contoh 10 ringgit sama dengan 20 yuan kat sana. kalau nak shopping kira banyak benda la boleh beli.

P/S: yang gambar akhir sekali tu ukiran kat batu besar yang ada kat luar Mall tu, memang seni sungguh ukiran tu, pandai diorang buat..:)
Read more »

Jogging Di Tasik Putrajaya

Wednesday, July 6, 2011
29 Usha KaMi
Berat badan kami dah turun 5 kg percaya tak, macam hari-hari pergi jogging pula..hehe, dah hampir setahun tak jogging sebab mama mengandung, takkan time mengandung nak jogging kan, jadi mulai sekarang kami nak latihkan diri untuk selalu pergi jogging walaupun agak busy dengan pelbagai kerja..:) bukan jauh mana pun tasik ni dengan rumah kami ada le dalam 5 minit je (naik kereta), dekat je kan..rugi je tak pergi..

Bila kita berjogging banyak tenaga dan kalori boleh terhasil disamping saluran darah dalam badan akan lebih baik mengalir ke seluruh anggota badan, Jogging juga antara senaman yang lebih baik dan menjimatkan berbanding yang lain just nak kena ada kasut sukan jer..

Mama semangat pergi jogging maklum le dah lama tak senaman lepas bersalin dulu, banyak lemak yang lebih, siap buat senaman poco-poco lagi..hehe, Papa pula jogging dekat setempat tu je sebab kena jaga Awis nanti nangis pula pergi jogging jauh-jauh, lagi pun badan tak besar mana pun ,jadi lepas jogging kena makan mamee dulu bagi lemak lebih..:)

Dah puas jogging minum air kosong yang dibawa dari rumah, relax kejap tengok pemandangan pastu tengok jam dah lewat petang pun, ok masa untuk balik cuci diri, esok datang lagi, semoga family kami sentiasa sihat selalu..:)
Read more »

Makan Aiskrim Baskin Robbins

Saturday, July 2, 2011
25 Usha KaMi
Sekarang ni kalau pergi mall kalau terjumpa je kedai Baskin Robbins ni mesti nak singgah beli, dulu kalau pergi je mesti tengok tang harga aiskrim ni, tak sempat telan aiskrim telan air liur dulu, bukan main mahal lagi, banyak kali juga tak jadi beli, lastly nekad juga nak merasa kesedapan aiskrim Baskin Robbins ni sebab selalu tengok ramai yang duk beli..


Untuk permulaan cuba 1 scoop perasa coffee crispy kot tak ingat dah nama pelik-pelik, bila dah mencuba pergh berlemak habis memang sedap pun berbaloi kot dengan harga yang mahal tu, sejak dari hari tu terjumpa je Baskin Robbins ni mesti beli, try perasa lain plak memang semua sedap-sedap belaka, tapi paling banyak pun 2 scoop je itu pun harga da RM 14 ringgit,,huhu..bukan selalu pun kekadang je, tu pun kalau jumpa..:p kalau korang tak pernah rasa certry certry..

Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever