Salam semua.. Nak dekat2 raya kami busy sikit banyak benda nak buat jadual full kalah Menteri Kerjaraya..hehe.. cuti hujung minggu lepas kami balik Kedah, berpuasa disana sebab raya kali ni tak dapat balik kampung kerana kena bekerja dihari Raya nanti..huhu.. Kampung di Kuala Nerang kawasan yang agak pedalaman juge ler, sikit lagi nak sampai sempadan siam mau pule kawasan kampung yang dalam jauh dari pekan Kuala Nerang tu slang cakap ade lain sikit contoh macam nak air kat sana panggil nak ey.. tak tahu kat sana cakap tak tu...ni baru sepatah dua kalau banyak bole nganga dibuatnye..hehe
Aktiviti kat sana sama juge macam tempat lain , pagi besahur bersama keluarga ,petang2 pegi bazar ramadhan siap2 juadah berbuka buat kuih ke air ke.. dan malam hari terawih, cuma suasana kampung lain dari dibandar rasa feeling lebih sikit.. Hari kedua kami pergi shopping kat Pekan Rabu dekat Alor Setar, usha2 baju raya ,kat situ banyak jual design baju melayu Raihan beli ler satu sebab adik dah tempah sebelum pegi lagi kami punya dah beli kat K.L jadi kat sini niat sebenar nak beli kerepek2 untuk hari raya nanti, kerepek2 murah2 kat sana.. apalagi borong ler nanti raya banyak jamu kerepek2 jer dekat tetamu baru senang habis, selalunya kuih raya ni orang makan seketul dua jer ade ler letak 2 3 jenis kuih raya dalam balang jer.. Kat Pekan Rabu tu pun ade jual macam2 jenis serunding, syok tu makan dengan lemang ker. memang mengasikkan,kami beli ler sikit ,hehe...
On the way balik dari Alor Setar nak pi balik kampung singgah sat kat bazaar pekan Kuala Nerang tu, besar juge le, kami cari le benda yang takde dijual kat KL ..mmm kebanyakkan nya semua sama jer kalau ade beza pun dari segi harga murah sikit dan rasa memang sedap ler tak ler kureng rasa macam kat bandar tu save lebih... Tengah jalan2 jumpa gerai orang siam, ramai juga penduduk siam yang bermaustatin kat sana , dia jual mee dengan bihun tom yam.yang bestnyer kat situ juge dia masak so kena tunggu kejap ler, terliur dibuatnye tengok dia masak ,unik kan selalu kita dapat dah siap terus tinggal nak cedok kuah jer..balik rumah berbuka dengan bihun tomyam siam tu dulu,,memang sedap dan pedas..perghh... banyak juge ler beli makanan berbuka macam membazir pun ade tapi ramai family kat rumah kira habis juge ler semua.. memang seronok berbuka puasa kat kampung..
3 4 hari duduk kampung dah kena balik KL ,arghh.. malasnya nak kerja, rasa nak cuti panjang jer lagi.. On the way balik ikut jalan dekat Pokok Sena menghala Langgar kat tepi jalan tu ade jual lemang , besar juge ler kedai lemang tu, memang dah popular kedai lemang tu,ade satu kedai tu jer kalau lalu kat sana gerenti perasan ,sehari je diaorang bakar lemang tu gerenti habis..Kami pun tak lepaskan peluang rembat ler 2 3 batang buat ole2 dari kampung sebab lemang bole tahan 2 3 hari juge ler kalau simpan kat dalam peti ais,harga pun tak mahal mana dalam 6 ringgit keatas ikut pada saiz lemang tu..
Kami beli lemang jagung,susah juge nak jumpa lemang ni selalu lemang biasa jer..Amacam pernah rasa tak, makan dengan serunding ker rendang daging ,memang best, Kami memang suka sangat dengan lemang ni bila bulan puasa ker raya ker tak pernah miss..maklum ler setahun sekali jer ,Lemang kampung lain,kita dapat rasa lemak dia, rasa bakar pun masak betul ,bukan semua orang pandai bakar lemang ni kena ade skill juge..
Sekejap jer rasanya masa berlalu,Tinggal berapa hari jer lagi kita nak berpuasa kan, jadi 10 malam akhir di bulan ramadhan ini marilah kita mencari keberkatan Malam 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar ,mendekatkan lah diri pada Allah SWT dengan penuh rasa keimanan supaya kita mendapat Nikmat Syurga dari Nya....amin.