Gambar Keempat-empat mangsa Pembunuhan Kejam di Ladang Gadong ,mereka dibunuh dan dibakar serta abu mayat dibuang kedalam sungai. Al Fatihah buat kesemua Arwah semoga Roh mereka dicucuri Rahmat.
Lokasi Peta diladang Gadong tempat mereka dibunuh
KERETA Sosilawati dijumpai di Apartmen Angsana USJ 1, Selangor. - Foto Saifullizan Tamadi
ISTERI kepada pegawai bank yang hilang, Suzana Radim Pangat, 38, bersama anak-anaknya menunjukkan kad ucapan hari raya yang dikarang oleh anak-anaknya kepada ayah mereka selepas sidang media di kediamannya. - Foto BERNAMA
KENDERAAN Forensik Jabatan Kimia tiba kira-kira jam 10 pagi di tempat kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Ladang Gandong,Tanjung Sepat. - Foto L Manimaran
ORANG ramai dan wartawan menunggu di jalan masuk ke kawasan ladang yang dipercayai lokasi kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya di Ladang Gandong, Tanjong Sepat, Morib. - Foto BERNAMA
MEDIA menunggu perkembangan kes di hadapan rumah keluarga Sosilawati di Gombak. - Foto Azahan Rosli
BEKAS isteri pemandu Sosilawati yang di bunuh, Noor Fazilah Ab Sani, 33, mententeramkan anaknya, Izran Akmal Kamarudin, 9, dan Balqis Dayana Kamarudin, 12, (kanan) selepas mendengar pengumuman oleh polis melalui televisyen ketika di temui di rumahnya di Kampung Pilin, Rembau. - Foto Owee Ah Chun
TINJAUAN di Nouvelle Beauty Centre milik Datuk Sosilawati Lawiya yang terletak di Kampung Baru yang di tutup sempena Hari Raya Aidilfitri dan akan kembali beroperasi pada 15 September. - Foto Luqman Hakim Zubir
ANGGOTA polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut. Keempat-empat mereka dipercayai dipukul sehingga mati sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan ayam dekat sini dan abu mayat dibuang di sebuah sungai di Tanjong Sepat, Morib. - Foto BERNAMA ANAK sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Buhari meninggalkan pejabat di Jalan Raja Bot, Kampung Baru selepas mengambil beberapa dokumen. - Foto Nor Nashriq Haron ISTERI kepada pegawai bank, Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh, Suzana Radim Pangat,38, (kiri) membaca surah Yaasin pada majlis tahlil dan doa selamat ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-38 di kediamannya di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
SUSPEK (dua dari kanan) dibawa oleh anggota polis ke lokasi senjata yang dibuang dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. - Foto Abdullah Yusof
ANGGOTA polis dari Unit Selam Pasukan Gerakan Marin membuat operasi bagi mencari senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. - Foto Abdullah Yusof
ANGGOTA Polis Forensik menjumpai seutas jam tangan semasa operasi mencari bahan bukti di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. - Foto Abdullah Yusof
KELIHATAN seorang jurugambar merakam gambar rumah peguam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut di Banting. Rumah tersebut lengang dan tiada penghuni. - Foto BERNAMA
MENTERI Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersama anak Allahyarham Kamarudin Shansudin, Balqis Diana (tengah) serta anak sulung Allahyarham Sosilawati Lawaiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi (dua dari kanan) dan Erni Erinawati Sofia (kanan) bersama penduduk setempat membaca surah Yassin di majlis tahlil di Taman Harmonis, Gombak, turut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim (tiga dari kiri). - Foto Amran Hamid
IBU Allahyarham Noorhisham Mohamad, pegawai bank yang mati dibunuh bersama jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, Satinah Mokhtar, meninggalkan perkarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah menjalani ujian DNA di HKL di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
SUSPEK utama (tengah) kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga individu lain, diiringi anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke pejabat beliau di Jalan Kemboja bagi membantu siasatan. - Foto BERNAMA
INGIN TAHU ... Jurugambar dan orang ramai turut menunggu di hadapan pejabat suspek utama (depan tengah) pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga individu lain, bagi menyaksikan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuat siasatan di premis itu di Jalan Kemboja di Banting. - Foto BERNAMA
SUSPEK dibawa ke lokasi ketika anggota PDRM dari Unit Gerakan Marin membuat operasi menyelam bagi mencari senjata dan barangan milik mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes lain di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. - Foto Rosdan Wahid
DATUK Sosilawati dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor. - Foto Mohd Yusni Ariffin
ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat. - Foto Rosdan Wahid
PENYANYI terkenal Nasharudin Elias atau Nash tidak dapat menahan sebak sambil memegang ibu Allahyarham Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, sambil diperhatikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan anak Allahyarham, Irfan Aiman, 8, ketika ditemui di Indera Mahkota, Kuantan. Ketika ditemui, Nash mengakui pemergian Kamaruddin adalah tamparan hebat kepadanya yang mengenali pemandu peribadi itu sejak lebih 25 tahun lalu. Beliau berkata, hubungan itu terjalin sebelum Kamarudin berkahwin dan bekerja sebagai jurutera bunyi di King Studio di Kuala Lumpur. - Foto Azmaidi Abidin
LOKASI kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - Foto Luqman Hakim Zubir
KEBUN sirih, chalet, kandang haiwan eksotik dan beberapa bangunan setingkat terdapat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditemuramah wartawan selepas melawat keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati.
SUSPEK utama (belakang empat dari kiri) kes bunuh Sosilawati dan tiga individu dibawa polis ke kunci air sungai berhampiran Pasar Besar Banting untuk mencari bahan bukti.
SAMSON Nahar menunjukkan baju Melayu yang dibeli untuk suaminya, Shafik Abdullah (gambar kecil), dua hari sebelum menyambut Aidilfitri baru-baru ini.
PENYELAM PDRM menemui seutas gelang di sungai berhampiran Pasar Besar Banting ketika mencari bahan bukti berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain selepas lokasi berkenaan ditunjukkan oleh suspek utama, semalam.
ISTERI jutawan India yang hilang, S.Usharani, 24, tiba di IPD Kuala Langat, hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehilangan suaminya sebelum pergi ke Ladang Gadong di Tanjung Sepat iaitu lokasi yang dipercayai suaminya dibunuh oleh suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. - Foto Luqman Hakim Zubir
SUSPEK utama diiringi anggota polis untuk menjalani ujian DNA.
POLIS mengawal ketat semua suspek kes pembunuhan Sosilawati ketika berada di Hospital Kuala Lumpur untuk ujian DNA, semalam.
USHARANI ketika meninjau kawasan Sungai Panchau tempat penemuan tulang dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat, semalam.
KENDERAAN Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memasuki ladang milik suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, bersama tiga individu lain untuk menghantar bekalan air kepada anggota polis yang bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Kuala Langat, hari ini. Sehingga kini anggota polis masih ditempatkan di kawasan ladang berkenaan. - Foto Luqman Hakim Zubir/ BERNAMA
PEKERJA memunggah ratusan fail dari pejabat peguam untuk dimasukkan ke dalam lori, sambil diawasi pegawai penyiasat di pejabatnya di Jalan Alam Shah berhadapan IPD Kuala Langat. Peguam yang juga suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat, ditahan semula dipercayai untuk memohon pada mahkamah lanjutan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kontraktor, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilapor hilang bersama rakan niaganya, April lalu. - Foto Rosdan Wahid
KAKITANGAN pejabat peguam bersurai selepas mengeluarkan ratusan fail dari pejabat peguam yang juga suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat, ditahan semula dipercayai untuk memohon pada mahkamah lanjutan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kontraktor, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilapor hilang bersama rakan niaganya, April lalu. - Foto Rosdan Wahid
Sumber Gambar : Berita Harian