Datuk K. Patmanaban Bunuh Sosilawati?

Monday, September 13, 2010


 Sekarang kebanyakkan kes jenayah yang kejam orang kaya-kaya yang buat, tak cukup dengan harta yang berjuta-juta tapi masih tamak ingin mengejar kekayaan lagi. Seorang peguam yang begelar Datuk K.Patmanaban telah disyaki dalang disebalik kejadian pembunuhan Sosilawati., Sekarang semua suspek telah ditahan polis, kita tunggulah keputusan perbicaraan kes ini ,Biar lah mereka yang melakukan kes Bunuh ini dihukum dengan setimpal.


Empat suspek ditahan reman

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat.
Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Semalam misteri kehilangan jutawan kosmetik, Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Mingguan Malaysia semalam melaporkan, misteri kehilangan keempat-empat mangsa itu hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut kelmarin di sekitar daerah ini.

Hasil siasatan ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong di Banting, Selangor.
Sumber:Utusan


Peguam ada harta luar biasa

BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.

Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.

"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.
Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah.
Sumber: Kosmo
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever