Salam Raya Semua..Masih ade lagi raya kan, kalau dekat Kuala Lumpur dan kebanyakan tempat di Selangor macam Shah Alam, Subang , Puchong masih ade buat open house ,kat kawasan bandar ni masa raya kebanyakkan mereka balik kampung ,sunyi sepi jer kat jalan raya siap boleh baring lagi,eh ye ke..hehe..Bila dah balik rumah ,ade yang plan nak buat open house jemput kawan-kawan dan saudara mara datang beraya ke rumah ,sampai kadang-kadang tu dah 30 syawal masih ade lagi open house.
Bercerita tentang Hari Raya pada Raya pertama Hari tu Aku terpaksa beraya ditempat kerja ,seminggu selepas raya baru dapat balik rumah sambung beraya lagi dengan family..
Ini lah tempat aku berkerja, Tempat ini dipanggil FSO (Floating Storage & Offloading) ,ia adalah seperti kapal tanker yang terapung tidak bergerak hanya disitu je tempatnya, Fungsinya menyimpan Minyak petroleum yang di import dari Pelantar Minyak dan kami akan export minyak itu pada Kapal-kapal tanker untuk dihantar belayar ke tempat lain,Faham ke tak faham,kalau tak buat-buat faham je la..hehe, Lokasi nya terletak disempadan laut antara Thailand dan Malaysia, kira jauh juge la dari darat jadi kami datang sini dengan menaiki Helicopter.
Ini lah serba sedikit juadah Hari Raya kami disana, Bole lar kan, kerja pun masih sempat menyambut Hari Raya, Pagi-pagi raya pun kami ade buat Solat Aidilfitri suasananya lebih kurang sama didarat juga. Selepas tu bole la kalau nak call ibu bapa ke isteri ke ,nak tengok TV ke..Agak meriah juge la sambutan disana tak le asik teringat kat rumah je..
Ini lah gambar kami yang sempat diambil beramai-ramai masa Hari Raya tu. Semua muka layu ,macam sedih tak balik raya je..hehe, mereka ni dah biasa ,adat kerja la kan, Tahun ni tak dapat tahun depan mungkin dapat,nasib la, Ini lah namanya mencari rezeki tak mengira tempat lebih kurang macam polis dan tentera juge le waktu operasi kerja 24 jam non stop.
Jadi kami disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali kami... Cewah ,Macam ucapan dalam paper Berita Harian plak..hehe