Sajak Aminah Qutb

Monday, September 27, 2010
Salam semua, kami ingin berkongsi sebuah sajak dari Aminah Qutb yang merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.



Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga,

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu, 

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepada ku.




Semoga Sajak ini menjadi dorongan dan panduan buat kita semua dalam pengertian sebenar Cinta itu.
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever