Dengan tertangkapnya 7 orang suspek ,dan disoal siasat oleh pihak polis ,4 diantara mereka telah mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa. Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.Nash bekas suami Sosilawati terkejut dengan berita tersebut sewaktu ditemuramah oleh wartawan MStar Online.
PETALING JAYA: Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya, 47.
Nash berkata, beliau mengetahui berita sedih itu melalui laporan media pada Ahad.
"Seperti rakyat negara yang lain, saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Mangsa-mangsa tidak sewajarnya dibunuh secara kejam.
"Saya ingin mengucapkan takziah kepada anak-anak Sosilawati dan waris keluarga tiga mangsa yang lain," katanya kepada mStar Online.
Media pada Ahad, melaporkan Sosilawati dan tiga rakan lelakinya dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu mereka dibuang di sebatang sungai di Tanjung Sepat, Banting.
Nash berdoa semoga roh keempat-empat mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
"Saya sedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan yang lain," katanya yang berada di Sabah atas urusan kerja.
Sumber: mStar Online