Jiran Bunuh Ustazah

Wednesday, September 15, 2010
Kisah yang berlaku pada 2 September lalu, betul membuat kami terasa begitu sedih, Kes Seorang ustazah serta anaknya yang mati lemas setelah diikat oleh perompak yang tidak berhati perut.. Mereka hanya insan yang lemah tidak berdaya, kenapa perompak itu sanggup melakukan perkara sebegitu, kami mengharapkan supaya perompak itu mendapat balasannya.


Selepas beberapa hari kemudian ade berita keluar yang menyatakan perompak itu ditangkap,Allah Maha Kuasa, ingatkan perompak mana lah rupanya jiran sebelah je, Masyalah bukan banyak mana pun yang dia dapat hanya 2 ribu lebih jer itu pun nak bayar hutang takkan la sampai takde akal memusnahkan hidup orang lain, Manusia jenis apakah dia ini..Al Fatihah kepada kedua-dua arwah semoga roh mereka ditempatkan diantara golongan beriman..Amin..


SEREMBAN - Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.

Jirannya itu, seorang lelaki berumur 34 tahun, dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.
Suspek yang telah 12 hari direman sejak 6 September lalu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.

"Jiran mangsa dipercayai menghadapi masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama.
"Hasil samun terhadap mangsa kesemuanya berjumlah RM2,800. Suspek telah menggunakan untuk membuat bayaran hutang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.
Sumber: Kosmo
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever