Salam Semua. Apabila kita dianugerahkan anak, kita mengharapkan anak itu akan menjadi insan yang berguna, taat perintah Allah dan menghormati serta mengasihi kedua ibu bapanya. Kita juga mengharapkan supaya dia akan berkahwin dan menyambung zurita keturunan kita,
Tapi pelik bagi Artis popular diluar negara ini, mungkin kerana dia mat saleh dan artis, perangai pun pelik-pelik jer kerana dia telah mencuba menukarkan anaknya menjadi seorang tomboi, Hai macam-macam benda pelik jer diorang ni buat, Kadang-kadang di Malaysia kita pun, ade juga yang melakukan sebegitu kerana mengidamkan anak lelaki atau perempuan mereka cuba membesarkan anak itu kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan jantinanya bila anak itu besar nanti sudah menjadi masalah baginya, Didiklah mereka dengan baik supaya kelak mereka menjadi Sebagaimana Yang ditetapkan oleh Nya.
AKTRES Angelina Jolie (gambar) didakwa memaksa anak perempuannya, Shiloh, 4, untuk menjadi tomboi. Oleh sebab itu, Jolis selalu membelikan pakaian kanak-kanak lelaki untuk Shiloh.
Menurut Showbiz Spy, Khamis yang memetik satu sumber, kadangkala Jolie menyuruh Shiloh memakai baju anak lelakinya, Maddox. Malah, bintang filem Salt itu membiasakan Shiloh mengenakan seluar dalam.
"Angelina mempunyai pemikiran bahawa setiap anaknya harus memiliki keperibadian tersendiri dan dia ingin Shiloh menjadi tomboi sejak lahir," ujar sumber itu.
Pasangan aktor Brad Pitt itu juga sengaja menamakan anak keempatnya itu dengan nama lelaki kerana nama Shiloh dalam bahasa Ibrani dipercayai membawa maksud "anak lelaki yang akan dikirim".
Namun sebelum cerita ini tersebar, Jolie mengaku Shiloh memang lebih suka bergaya seperti lelaki. Tambahnya lagi, anak perempuannya itu memang suka meniru cara penampilan abang-abangnya iaitu Maddox dan Pax Thien.
Sumber: Mstar