Tips Temuduga

Thursday, September 23, 2010
Salam Sejahtera , Tips kali ini berkaitan temuduga, disebabkan esok orang rumah akan menghadapi temuduga jadi kami ingin berkongsi sedikit Tips Temuduga ini.


Tips Sebelum Temuduga

  1. Mesti study bab-bab berkenaan dengan kerja kita yang kita rasa akan ditanya oleh penemuduga.
  2. Buat Research dekat Internet atau Mencari bahan bacaan berkenaan topik berkaitan dengan kerja kita.
  3. Tanya Rakan-rakan atau Senior yang terdahulu dan berpengalaman dalam bidang kerjaya tersebut.
  4. Kaji selidik latar belakang syarikat atau tempat kerja yang kita hendak mohon.
  5. Berlatih di rumah cara kita hendak betutur didepan penemuduga
  6. Makan dan tidur secukupnya sebelum hari Temuduga diadakan
  7. Sediakan kesemua dokumen dan kelengkapan untuk temuduga sehari sebelum  temuduga dan semak semula takut ada yang tertinggal.
  8. Jangan terlalu tertekan memikirkan soalan yang akan ditanya, Selalu befikiran Positif yang kita akan berjaya.
  9. Akhir sekali bertawakal dan berdoa kepada Tuhan semoga dipermudahkan segala urusan semasa Temuduga nanti.


Tips Semasa Temuduga
  1. Sebelum masuk kedalam bilik temuduga Baca lah Doa supaya kita tidak rasa terlalu gentar.
  2. Apabila berjumpa dengan penemuduga berilah Salam atau Ucapan Selamat Pagi/Petang mengikut waktu.
  3. Jangan terus duduk ,tunggu sehingga penemuduga memberi kebenaran,ini menunjukkan tanda hormat kita padanya dan ucaplah Terima Kasih dan sentiasa senyum untuk menceriakan lagi suasana.
  4. Duduk dalam keadaan relax dan tenang ,jangan menunjukkan rasa cemas kita. Tarik Nafas dalam-dalam dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menjawab soalan.
  5. Dengar dan fahami baik-baik soalan yang ditujukan kepada kita, jika tidak jelas, mohon dengan sopan supaya penemuduga mengulangi semula soalan tersebut.
  6. Menjawab soalan dengan bahasa Malaysia bukan bercampur aduk dengan slang atau bahasa negeri kita serta tidak mengunakan bahasa pasar. Petuturan kita hendaklah jelas dan tidak menjawab dalam keadaan gopoh atau bercakap terlalu laju. Isi Jawapan kita biarlah padat dan ringkas tidak terlalu meleret.
  7. Sewaktu Temuduga kita hendaklah sentiasa memandang wajah penemuduga, jikalau lebih dari seorang penemuduga ,semasa memberi jawapan pandang lah mereka silih berganti.
  8. Jikalau Soalan yang diajukan kita tidak tahu akan jawapannya, jangan hanya mendiamkan diri lama-lama, ini boleh menyebabkan Penemuduga itu akan cepat bosan.Fikir dengan tenang dan apabila kita masih tidak tahu berterus teranglah bahawa kita memang tidak tahu akan jawapannya dan penemuduga akan menyoal soalan yang lain.
  9. Selepas di akhir sesi temuduga, Macam mana sekali pun keputusannya kita hendaklah mengucapkan Terima Kasih kepada penemuduga tersebut kerana memberi peluang kepada kita ditemuduga. 

Semua Tips ini berdasarkan pengalaman kami sebelum ini..Semoga tips temuduga ini dapat digunakan apabila kita menghadiri temuduga nanti. Kalau Gagal Temuduga tak bererti gagal selamanya banyak lagi peluang lain yang lebih baik dari itu, Kita sudah buat sebaik mungkin tapi nasib tidak menyebelahi ,Semua itu ada hikmahNya.
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever