Tips Perkahwinan

Tuesday, October 19, 2010
 Salam Semua..Semakin hari semakin ramai kawan-kawan kami sudah berkahwin, kebanyakkannya dah sampai seru untuk berkahwin, usia pun dah lanjut ,dah tergolong dalam golongan yang wajib kahwin, eloklah  disegerakan berkahwin.. Kami ingin mengucapkan Tahniah kepada kawan- kawan kami yang telah berkahwin pada bulan oktober ini, Semoga jodoh mereka kekal sehingga keakhir hayat mereka serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

Lama betul tak jumpa member-member kolej, 3 4 tahun juga le.. masa kenduri kahwin macam ni la baru nak jumpa, maklum le semua tinggal jauh-jauh, dah tu sibuk dengan urusan kerja pula, itu pun ramai lagi yang tak sempat jumpa..dah lama tak jumpa muka pun banyak dah berubah elok dulu kurus sekarang dah gemuk,ada yang berjambang bermisai memang nampak lain, 
ini picture masa juru gambar suruh buat gaya tembak, nah ambil ko huru hara pelamin dibuatnya..hehe , korang memang sporting ler..



Hikmah BerKahwin
Kajian menunjukkan mereka yang berkahwin lebih gembira, sihat, panjang umur dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik dan bermakna serta kurang berisiko untuk didera secara fizikal. Bersekedudukan (tinggal bersama sebagai satu keluarga tanpa perkahwinan yang sah) tidak memberi manfaat yang sama seperti pasangan yang berkahwin. Malah meningkatkan konflik, persengketaan dan risiko perceraian dalam perkahwinan akan datang.


Tip Perkahwinan 
  • Pilih pasangan dengan bijak. Ini merupakan salah satu keputusan penting yang akan dibuat oleh seseorang dalam kehidupannya
  • Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin
  • Bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin
  • Jadikan perkahwinan keutamaan hidup anda. Luangkan masa bersama dan hargai pasangan anda
  • Dapatkan kemahiran berkomunikasi dan jalinkan perhubungan sihat
  • Timba sebanyak mungkin ilmu sebelum kahwin
  • Berkahwinlah semasa usia anda dalam lingkungan 20an atau lebih
  • Elakkan hubungan seks sebelum berkahwin
  • Elakkan tinggal bersama / bersekedudukan sebelum kahwin
  • Bina perhubungan yang kukuh dengan keluarga dan ibu bapa pasangan masing-masing
  • Hadiri kursus pra-perkahwinan bersama pasangan anda sebelum berkahwin
 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever