Tips Elak Penyakit Akibat Jerebu

Saturday, October 23, 2010
Salam Semua.. Nampaknya Musim jerebu datang melanda Malaysia lagi, rasanya tiap-tiap tahun masalah jerebu ini terjadi , Kali ini berpunca dari kebakaran besar yang belaku di Sumatera,Indonesia. Negara-negara yang berada disekeliling turut terkena kesan daripada kebakaran tersebut. Disini ada tips berkenaan cara mengatasi penyakit akibat daripada jerebu ini.

Apakah kesan dari masalah jerebu ini pada kesihatan kita.



  •  Gatal-gatal kepada tekak dan batuk-batuk 
  •  Dada terasa sesak nafas atau susah bernafas 
  •  Kegatalan kepada kulit 
  •  Hidung berair dan bersin 
  •  Mata merah, pedih dan gatal mata 






Kita mesti mengambil perhatian terhadap nilai index pencemaran udara (IPU)  melalui akhbar, laman-laman web akhbar, radio dan TV iaitu
  

  • 0 – 50 Baik 
  • 51 – 100 Sederhana 
  • 101 – 200 Tidak Sihat 
  • 201 – 300 Sangat Tidak Sihat 
  • 301 – 500 Berbahaya 




Langkah-langkah untuk mencegah penyakit akibat Jerebu

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Sumber : Info Sihat 

Disebabkan masalah jerebu ini kami akan cuba mengurangkan aktiviti di luar , yang paling penting korang kena check status IPU kawasan tempat tinggal korang sama ada tercemar atau tidak supaya kita dapat mengambil langkah sewajarnya. Percayalah bahawa mencegah lebih elok daripada mengubati.
 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever