Tips Kawal Kenderaan Waktu Kecemasan

Friday, October 15, 2010
Salam Semua.. Nampaknya musim raya puasa dah berlalu selepas ini kita akan menyambut Hari Raya Haji pula.. Walaupun banyak kempen tentang keselamatan jalan raya untuk mengurangan kadar kemalangan disebarkan tetapi masih banyak kemalangan berlaku ,bukan makin menurun seperti makin meningkat pula. Kami ingin berkongsikan Tips dari JPJ bagaimana cara kita untuk memberhentikan serta mengawal kenderaan sewaktu kecemasan bagi mengelak kemalangan.

 Tayar Pecah
  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan mereka.

Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
  • Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
  • Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.

Kenderaan Terbakar
  • Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas di dalam sistem elektrik kenderaan.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
  • Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
  • Gunakan alat pemadam kebakaran.


Jikalau kita berada di situasi kecemasan sewaktu memandu yang paling penting kita jangan terlalu panik atau cemas, sebaik mungkin kita cuba mengawal kenderaan tersebut, Lebih elok kita tidak memandu terlalu laju supaya kita dapat mengawal kenderaan dengan segera,bak kata perpatah yang selalu kita dengar tapi selalu juga kita terlupa iaitu biar lambat asal selamat., ingatlah orang tersayang.




 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever