Salam Semua.. Kali ni nak bagi korang rasa western food plak, Western food kat sini memang sedap dan agak murah berbanding yang lain, kami banyak kali pergi kesini tapi asik lupa je nak post pasal ni, kebanyakkan orang yang tinggal berdekatan kawasan kuala lumpur mesti dah tahu pasal ni, memang popular pun.Restoran Steak House ni terletak berdekatan Masjid Kampung Baru, kira korang jalan masuk lorong masjid tu gerenti jumpa le selain dekat Kampung Baru korang boleh juga pergi dicawangan dekat Selayang Utama dan Serdang.
Menu yang ada kat situ pun banyak memang restoran khas untuk makanan western, korang boleh la nak cuba western food yang tak pernah korang rasa sebelum ni, Baru-baru ni kami order Lamb Leg dengan Chicken Chop, bagi kami yang jelas kelainan rasanya datang dari sos rekaan diorang ni, rasa berlemak dan tak muak, memang sedap le ,yang bagi best lagi ada berbagai air jus gelas besar cuma RM 2.00 je, harga semua berpatutan le ,rasanya korang mesti puas hati makan kat sana cuma yang kurangnya kat sana tempat parking, alahai kena pandai-pandai le menyelit kat mana-mana..hehe