Salam Semua.. Nampaknya demam Piala Malaysia dah habis, Tahniah kepada Kelantan ,Negeri sembilan boleh cuba lagi tahun depan..sebenarnya pada khamis lepas kami ada buat pemeriksaan baby lagi, kali ni setiap 2 minggu kena pergi check, sebelum ni sebulan sekali je, lepas minggu ke-28 nurse suruh check 2 minggu sekali pula untuk memastikan keadaan baby dan mamanya sihat sentiasa, jadi hari khamis lepas kandungan dah masuk 30 minggu, tinggal beberapa minggu je lagi,perasaan dah mula rasa suka dan gemuruh..
Hasil pemeriksaan yang lepas kandungan kami dalam keadaan normal cuma nurse tu check baby kelihatan kecil sedikit tapi takde apa-apa masalah ada masa lagi untuk baby tu membesar, harap semua dalam keadaan baik je..berat badan 2 minggu lepas naik 2 kg ,huhu telebih sudah sepatutnya 1 kg sebulan tapi yang baru ni check naik 0.5 kg ok la tu kan..
Nurse cakap pula kena minum air gula, ingatkan kalau berat badan naik lebih sangat je tapi nurse tu kata umur 25 tahun keatas memang kena minum air gula atau nama lainnya Ujian Cabaran Glukos (GCT) dengan mengambil minuman yang mengandungi 50g glukosa dan sampel darah diperoleh daripada lengannya sejam kemudian. , terpaksa minum la jawabnya, tapi cadang nak ambil awal minggu bulan depan masa tak kerja nanti.
Kenapa kena Ujian Cabaran Glukos (GCT) ? adalah untuk check kadar kandungan gula dalam darah kita, takut terkena Diabetes Kehamilan.
Diabetes Kehamilan atau biasanya dipanggil sebagai GDM
- GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.
- GDM mungkin berlaku kerana anda sudah menghidap diabetes (paras glukosa darah yang tinggi) sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stres daripada kehamilan.
- Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan.
- Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan.
- Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.
- Lazimnya, pankreas anda akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa.
- Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi.
Berisiko tinggi menghidap GDM jika:
- Berumur 25 tahun atau lebih
- Ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik, menghidap diabetes jenis 2
- Anda menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
- Anda mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum anda hamil
- Anda pernah melahirkan bayi yang mati dalam kandungan atau melahirkan bayi yang mempunyai berat lebih 4kg ketika kehamilan terdahulu.
Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian cabaran glukosa ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.
Jika paras glukosa darah anda tidak dalam lingkungan normal, anda akan dikehendaki mengambil OGTT untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi GDM.
Sumber : Prof. Mustaffa Embong ialah Pakar Perunding Diabetes