Ibadah Haji

Saturday, October 16, 2010
Salam Semua... Sekarang ini ramailah Umat Islam mengerjakan haji di Tanah suci Mekah, Dikatakan seramai 26000 orang dari Malaysia akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.Ibadah haji mempunyai rahsia tertentu bagi memenuhi dua tuntutan iaitu dari segi rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Sumber dari Berita harian ini kami ringkaskan untuk kita kongsi bersama tentang Ibadah Haji .


Ibadah Haji
  • Tujuannya Utama iaitu menyatukan umat yang berpecah-belah, berunding dan berbincang, supaya masing-masing kembali ke tanah air membawa azam yang mulia agar menjadi umat yang baik dan bersepadu.  
  • Allah memilih tempat berkat yang pernah menerima rahmat sejak nabi Adam dan Ibrahim AS serta anak cucu mereka yang juga penutup segala nabi untuk mengajar manusia betapa pentingnya kesatuan dan perpaduan di antara mereka.
  • Jalan yang dilalui oleh mereka itu hanya satu jalan saja iaitu jalan nabi, siddiqin, syuhada, dan salihin. 

Ihram
  • menjadi nasak ibadah haji pertama dilakukan, membawa erti pembebasan diri daripada keinginan hawa nafsu dan daya tarikan daripada pengaruh luar selain Allah.
  • melambangkan penumpuan sepenuhnya kepada kebesaran dan keindahan zat dan sifat Allah.
  • membebaskan ikatan kedudukan dan pangkat, darah, keturunan, harta, miskin, kaya yang sering memisahkan seseorang daripada saudara seagama dan kemanusiaan 

Tawaf di Baitullah al-Haram
  • mengelilingi sebanyak tujuh keliling walaupun bersesak keadaannya dalam mencari ketaatan kepada Allah

Saie antara Safa dan Marwah 
  • dilakukan selepas tawaf, membayangkan erti mengejar rahmat dan pengampunan Allah

Wukuf di Arafah  
  • mengertikan pengorbanan perasaan takutkan Allah. Dengan doa restu yang dimohon dan harapan tinggi dipanjatkan kepada Allah.
  • di sinilah kemuncak ibadah haji, tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas lama mereka berpisah sejak diturunkan dari syurga

Melontar Jamrah
  • simbol kutukan kepada unsur kejahatan yang sering membinasakan manusia.
  • melontar juga membayangkan keazaman dan tekad untuk tidak lagi melakukan amalan yang mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan masyarakat.  

Penyembelihan haiwan untuk membayar dam
  • pengertian kesucian kerana darah yang ditumpahkan itu seolah-olah darah kotor, dan membayangkan pengorbanan kerana menuntut keredaan Allah.





 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever