Salam Semua , Nampaknya kita semakin ke penghujung tahun, selalunya dibulan-bulan akhir ini ramailah yang merancang untuk mendirikan rumah tangga, pada bulan ini sahaja 3 ,4 jemputan kahwin yang kami terima dari rakan-rakan kami, tetapi disebabkan kerja yang terlalu sibuk dan berada diluar kawasan, kami hanya dapat menghadiri satu majlis sahaja pada 16 October ini, yang lain tak berkesempatan, harap kawan-kawan kami tak terasa hati . Semoga jodoh mereka akan kekal sehingga keakhir hayat mereka.
Kenduri kahwin atau Walimatul Urus
1) HUKUM MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :
Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2) HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN
Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Sumber: IslamGRID